Sekapur Sireh

Saturday, September 5, 2009
Assalamualaikum WBT...
Tiada kata terindah yang ingin terucap melainkan ucap syukur kehadrat Ilahi kerana saya masih dikurniakan kesihatan yang sempurna, diberi peluang untuk terus memperjuangan tugas sebagai khalifah dimuka bumi ini.
Penglibatan dalam bidang perniagaan sejak 5 tahun lalu, saya bergelumang dengan pelbagai onak dan ranjau, pahit manis sebuah kehidupan banyak saya pelajari melalui bidang perniagaan ini. Adakala ianya membuat saya menangis, dalam masa yang sama banyak perkara yang membuat saya tersenyum bangga.
Menguruskan sebuah Pusat Servis Kenderaan, bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang wanita seperti saya. Saban hari kehidupan saya dihambat dengan 1001 cabaran. Dari merangkak saya bertatih, saya belajar untuk berjalan dan hari ini saya sudahpun mampu untuk berlari. Tapi, saya tidak perlu lupa diri dan sentiasa beringat, takut tersadung dan jatuh rebah tersungkur. Sebab itu, saya sentiasa sedar akan siapa saya dulu, susah payah dan pahit getir yang pernah saya lalui. Apa yang lebih penting, pesan guru-guru saya "Kalau sudah berada di atas jangan lupa pandang rumput yang pernah dipijak..." - betapa penting agar kita jangan cepat alpa dengan kesenangan yang dipinjamkan.

Sehingga ke hari ini, saya berbangga dengan perkembangan pusat servis kenderaan yang saya usahakan. Biarpun masih belum mampu berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat gergasi dan berprestij, namun ianya sangat hebat pada saya bilamana mampu menjadi pesaing kepada pusat-pusat servis bangsa lain dikawasan saya ini. Hasil yang diperolehi, saya kongsi dengan keluarga terdekat, terutama mama dan adik-adik. Saya zahirkan penghargaan dengan menghadiahkan sebuah perniagaan keluarga iaitu 'Restoran Rasa D'Timur Barat', yang kini di uruskan adik kedua saya, Ahamad Shafiuddin bersama ibu dan beberapa adik saya yang lain.

Impian saya tidak terhenti disini, saya sering tidak berpuas hati dengan apa yang saya ada. Masih banyak yang perlu saya garap. Bagaikan ada satu kekosongan andai saya tak mampu kongsikan dengan ramai orang, dengan saudara mara dan kawan-kawan saya yang masih lagi bekerja siang malam, dapat hujung bulan habis tengah bulan. Atas sebab itu, saya sering tercari-cari peluang perniagaan yang bersesuaian, yang saya boleh kongsi dengan mereka. Tiada jalan pintas untuk saya, melainkan dengan berusaha dan terus mencuba.

Alhamdulillah, saya dikurniakan minda positif dan sangat berfikiran terbuka. Perniagaan MLM yang dipandang serong oleh ramai orang , nampak begitu indah dimata saya. Cuma saya harus berhati-hati agar tidak tidak terjerat dengan tawaran dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bermula dari itu, saya cuba mencari tapak dalam beberapa syarikat MLM, setakat ini satu pun tidak membuah hasil yang diiimpikan. Ada yang sangat-sangat ok, tapi ada saja halangan dan dugaan. Saya jadikan ianya ikhtibar sehinggalah saya bertemu dengan satu syarikat yang betul-betul memperjuangkan kesenangan untuk bangsa melayu dan agama suci ini. Wadah perjuangan yang lebih adil lebih sucsess ini, serta produk yang sangat bermutu memberikan satu keyakinan jitu untuk saya. Pilihan yang tepat dan bijak, untuk saya membina empayar kekayaan yang saya akan kongsi dengan ramai orang. Insyaallah....

Akhir kata dari saya, semoga laman blogspot khas ini akan mendapat sambutan dari kawan-kawan, yang bersedia untuk merubah hidup. Disinilah langkah pertama anda. Jika anda sedia untuk berubah, saya seribu kali sedia untuk membimbing. Peluang baik hanya datang sekali sekala dalam hidup kita, jangan lepaskan peluang yang datang agar kita tidak menyesal dikemudian hari. Selamat datang ke alam kebebasan kewangan dan gaya hidup terangsang.
Selamat maju jaya untuk semua.

Salam hormat,
~Azie

0 Pendapat Bernas:

Post a Comment