Testimoni Oxy-PI Water

Monday, September 7, 2009
Testimonial Oxy-PI water


Testimoni 1
Bagi mereka yang sudah tidak larat lagi untuk teruuus makan ubat setiap hari, boleh lah mengambil OXY Pi D'Ionik sehari 3 botol. PH airnya yang beralkali, terbaik selepas Air Zam-Zam. Begitu banyak air botol yang kita sangkakan air beralkali tinggi sehingga jenama yang terkenal Sxxx juga kita sangkakan ianya beralkali tinggi, tetapi apabila diuji, ternyata PHnya ke tahap asid. Air yang berasid, sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Oxy dapat membantu mengurangkan 'water retention' dalam badan bagi mereka yang 'gemuk air'. Air ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Testimoni yang terhebat yang saya alami sendiri ialah abah saya yang telah pun dipastikan 'confirmed' oleh doktor pakar perubatan di pusat perubatan terkenal bahawa dia tidak lagi boleh berjalan, maka kami harus menyediakan kerusi roda yang bermotor. Ini disebabkan menurut kata doktor, badan abah ibarat seperti dinding yang tidak kukuh dan apabila diketuk paku, pasti akan berderai.

Abah tidak mempunyai penyakit seperti kencing manis, maupun darah tinggi, tetapi sudah menjalani 'By Pass Surgery' sudah 2 kali dan sekarang ini sudah pun melebihi tempoh 10 tahun selepas pembedahan. Beliau terlantar sakit teruk pada tahun lepas di hari lahir beliau yang ke 64 hingga tak boleh bergerak langsung, semuanya harus dibantu. Sudah berada di alam 'lain'. Maksud saya, beliau seperti berada di zaman tahun 1970 dan 80an. Meracau...tidak ingat hari apa.

Hari Raya Aidilfitri (2004) pun beliau tak ingat, dia sangkakan kami ni masih berada di alam persekolahan dan macam-macam lagi kesakitan yang dia alami. Badan pun semakin membengkak, dari satu hospital ke satu hospital kerajaan, dan akhirnya ke Pusat Rawatan swasta. Bila kesihatannya pulih, beliau tidak boleh berjalan dan bergerak banyak. Tanpa pengetahuan beliau emak selalu menuang air OXY ke dalam bekas botol air mineral yang lain kerana abah cuma percaya pada ubat doktor sahaja.

Alhamdulillah, selepas sebulan keluar dari hospital dan meminum air OXY setiap hari, beliau sudah boleh turun katil dan bertongkat perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya mak saya tidak terlalu letih menjaganya kerana dia mampu untuk mandi dan buang air sendiri. Sekarang, tidak perlu pakai beg air kencing yang digantung, kemudian tukar kepada tiub yang menyeksakan dan sekarang prostatnya boleh dibedah tanpa banyak masalah dan boleh buang air kecil secara normal. Memang doktor pakar tidak percaya dia boleh pulih sedikit demi sedikit dengan progress yang memberangsangkan. Ingatannya juga pulih seperti sediakala.

Kini sudah mula 'meronda' ke sana-sini dengan mak saya.

Testimoni 2
Seorang anak kecil yang mengalami masalah usus yang kronik sering tidur dalam keadaan air liurnya bercampur darah. Namun apabila mengambil air OXY-Pi setiap hari secara tidak sengaja tanpa pengetahuan bapanya (seorang ahli DCL – yang meletakkan OXY-Pi di atas meja), tidur si anak tidak lagi bertemankan air liur bercampur darah. (diceritakan oleh si bapa sendiri).

0 Pendapat Bernas:

Post a Comment