Testimoni Nu-Age

Monday, September 7, 2009
Testimonial Nu-Age


Testimoni 1
Masalah bermula selepas melahirkan anak pertama secara pembedahan 14 tahun yang lalu. Semenjak itu, masalah kesihatan semakin teruk tanpa disedari. Saya mula mengidap Insomia kerana asyik terjaga di waktu malam kerana menyusukan anak. Semakin lama, semakin sukar untuk tidur dengan nyenyak. Mudah sangat terjaga walau terdengar bunyi yang perlahan. Kesemua empat anak saya, saya menyusukan sendiri sehingga berumur 2 tahun lebih (kecuali yg sulung sehinnga 8 bulan shj). Semenjak mula mengambil nuage , perubahan agak begitu ketara. Selang 2 malam, saya sudah dapat tidur yang nyenyak. Saya dapat mencapai Rapid Eye Movement (REM).

Testimoni 2
Saya menjalani pembedahan caesarean sebanyak 3 kali. Yg sulung dibius sepenuhanya. Anak yang ke 3 dan ke 4 (2 tahun 5 bulan sekarang) adalah secara ‘Spinal' (bius separuh badan). Luka akibat pembedahan demi pembedahan, sudah pasti lambat atau susah untuk sembuh sepenuhnya. Sejak melahirkan anak yang pertama, saya mengalami masalah urat. Urat yang tegang dibeberapa bahagian badan, sengal, ngilu, sakit, bengkak dan lain-lain lagi. Spinal/bius 2 kali di tempat yang sama, mengakibatkan urat di bahagian antara tulang belakang dan tengah pinggang sentiasa bengkak dan sakit. Lebih menyeksakan apabila hampir pra PMS. Bidan ada mengatakan yang bengkak di situ akan sentiasa ada. Urat kaki sebelah kanan dari tulang sendi punggung hingga ke betis, sentiasa rasa seperti tegang dan sakit. Bila sudah mencangkung, susah untuk berdiri semula..pasti kaki kanan seperti lemah. Saya tidak boleh membongkok atau rukuk lebih dari 3 minit. Hampir setiap malam sebelum tidur, saya wajib menyapu minyak angin pada bahagian betis dan pinggang. Kadang-kala perkhidmatan anak-anak untuk memijak-mijak kaki saya sebelum tidur amat diperlukan.

Saya juga pernah mengurut dengan tukang urut lelaki (tanpa perlu membuka pakaian maupun tudung) yang mengatakan saya ini KEBAL, sebab saya boleh menanggung kesakitan urat yg tegang, keras, masuk angin dan lain-lain sekian lama.
Alhamdulillah..tanpa disangka, hampir 90% masalah saya beransur hilang dengan pengambilan nuage. Tiada lagi rasa ngilu di bahagian bekas jahit dan sakit. Bengkak di bahagian spinal sudah hilang. Saya tidak perlu menyapu minyak angin selalu. Tak perlu lagi pantang makan sayur-sayur yang ‘sejuk'. Sekarang, sapu miyak wangilah pula. Suami pasti suka..

Testimoni 3
Oleh kerana masalah-masalah yang saya alami seperti yang telah saya nyatakan, membuat saya mudah marah, letih, lesu, rasa badan ni macam tak boleh ‘pakai' lagi. Macam dah ‘expired'. Saya rasa begitu tua sebelum usia. Hampir setiap bulan pergi mengurut dan tak lupa untuk makan jamu. Saya juga ada membeli dan memakai ‘slimming suit' yang tujuan utama pemaikaian adalah untuk memulihkan kesihatan badan. Memang dengan pemaikaian tersebut dapat membantu memulihkan kesihatan saya, tetapi hanya untuk sementara. Ianya perlu dibasuh dan dijaga rapi. Bila tidak memakai, tahap kesihatan akan kembali kepada asal. Sekarang, saya tak perlu lagi memakai ‘slimming suit' tersebut kerana apa yang ditawarkan, juga saya perolehi dengan pengambilan nuage, malah lebih baik lagi. Lebih berstamina dan bertenaga. Dapat menguruskan rumahtangga dengan lebih cekap lagi dan dapat bersenam untuk mencantikkan semula bentuk badan.

Testimoni 4
Kulit muka saya, warnanya tak serata. Saya sudah mencuba pelbagai produk yang menawarkan pelbagai keistimewaan, namun tidak banyak yang berubah. Di bahagian tulang pipi masih kelihatan jeragat dan agak
kasar kulit muka saya. Nuage telah mengurangkan tompokan jeragat dan parut jerawat lebih mudah hilang
(jerawat tumbuh 2 biji akibat healing crisis). Warna muka hampir sekata dan saya tak perlu memakai ‘foundation' untuk kulit wajah kelihatan licin dan rata. Bahagian bawah dagu juga kulitnya lebih lembut dan halus.

Testimoni 5
Saya juga malu untuk memakai baju tanpa lengan di rumah kerana kulit di bahagian bawah lengan pecah-pecah akibat penahanan air yang berlaku (water retention). Lengan saya amat hodoh. Kelihatan seperti dikelar-kelar dan bahagian dalam kulit yang nipis ini pula, seperti telah mati. Dicubit, ditarik, sudah tidak rasa apa-apa. Contoh rupanya seperti Roti Perancis (French Loaf) di mana bahagian permukaan di kelar-kelar sebelum dibakar. Dan selepas dibakar, kelar-kelar tersebut akan kelihatan dengan lebih ketara dan berkedut-kedut/berlapis-lapis sedangkan kulit luar roti itu licin sahaja. Berbagai jenis gel atau krim telah saya cuba untuk disapu agar dapat mengurangkan keadaan kulit yang pecah dan menggelambir ini. Namun, Mungkin kerana kulit yang pecah-pecah ini sudah ‘mati' maka susah untuk saya mengurangkan saiz lengan saya yang besar dan menggelambir.
Dengan pengambilan Nuage, saya tak sangka yang saya dapat merasakan deria sentuhan di kulit yang pecah-pecah. Apabila dicubit, saya sudah boleh merasa sakit. Saya rasa itu menunjukkan kulit ‘mati' saya dapat dipulihkan Kini kelar-kelar yang kelihatan hodoh, sudah semakin halus dan semakin rapat. Maka dengan bantuan Gel Multi-Active, saya dapat mengecilkan sedikit saiz lengan dan lebih pejal.

Testimoni 6
nak share satu cerita gembira yg hampir menitiskan air mata..... i baru 3 hari makan Nu Age tapi dah 2 minggu minum Bidadari , seminggu selepas minum perasaan tangan i ada " cease dah lama, sejak 3 tahun lalu, bengkak tu dah mengeras spt tulang, cuma tunggu masa nak buat "minor operation" kat SJMC. HAri ini amat terkejut..bonggol 'cease' ni dah lembik sgt dan tinggal sikit sahaja lagi. Rasanya dalam sehari dua sahaja dah baik. Alhamdulillah, jimat belanja & masa nak buat minor operation. Doktor & nurse dah bising sbb asyik melambatkan sahaja proses nak buang 'cease'ini.
Berkat usaha mencuba DCL ini rupanya memang serasi, sebelum ni dah cuba berbagai cara & petua, tak pernah menjadi, malah 'cease' ini semakin keras saban hari. Seronok tengok tangan kanan ni dah seperti biasa, nampak cantik sikit tanpa bonggol tu. Juga sebelum ini tidak boleh memberus kain, mencuba lantai dgn berus, juga menulis dlm tempoh lama, tangan akan sakit & lenguh.

** NuAge mampu memulihkan masalah jantung berlubang dan resdung

0 Pendapat Bernas:

Post a Comment